Tuesday, September 30, 2008

UCAPAN KHAS AIDIL FITRI 1429 H


Tahun ini rakyat Malaysia menyambut Aidil Fitri pada 1hb Oktober 2008. Kepada semua ahli komuniti Mutiara Bangi (sila lihat foto):

Tuesday, September 23, 2008

NOTA ASAS FARDHU AIN


AsSalamu'alaikum,

Seorang ahli komuniti kita Puan Shamsiah Hamid telah bersetuju untuk berkongsikan sedikit Nota Ringkas berkenaan dengan Asas Fardhu Ain. Ringkasan nota adalah seperti berikut:

1. Taharah (bersuci)
2. Jenis-jenis Bersuci
3. Istinjak
4. Hukum Qada Hajat
5. Hikmah Bersuci
6. Najis dan Jenis-jenisnya
7. Jenis-jenis Air
8. Wudhu
9. Tayamum
10. Mandi Wajib & Sunat
11. Takrif Solat
12. Rukun Solat
13. Sunat Hai'ah & Ab'adh
14. Solat Berjemaah
15. Masbuq
16. Istikhlaf
17. Sujud Sahwi
18. Sujud Sajadah-Tilawah

Dokumen ini bolehlah didapati dari saya jika ada ahli yang berminat. Sila hubungi emel saya untuk mendapat salinan dokumen yang dalam format Excel tetapi sangat mudah untuk diguna. Saya paparkan gambar menu utama seperti kelihatan di atas. Slia klik di gambar untuk melihatnya dengan lebih jelas. WasSalam.

Sunday, September 21, 2008

EMERGENCY PHONE NUMBERS

Untuk kegunaan dan rujukan ahli komuniti Mutiara Bangi, dilampirkan di sebelah webpage nombor-nombor telefon bagi urusan kecemasan seperti Balai Polis dan Balai Bomba. Tersenarai juga nombor-nombor telefon bagi perkhidmatan tertentu seperti perkhidamatan Bekalan Telefon dan Air.

Thursday, September 18, 2008

New MutiaraBangi Blog

Seorang ahli komuniti Mutiara Bangi telah memberi sumbangan dengan mendirikan satu blog untuk penduduk Mutiara Bangi. Websitenya boleh didapati di sini: http://www.mutiarabangi.wordpress.com. Saya ucapkan syabas dan sama-samalah kita menjadi Blog yang dapat memberi manfaat dan khidmat kepda komuniti kita.

Jemputan ke Majlis Penyampaian Sumbangan/Sedekah

Jawatankuasa Kecil Kebajikan Persatuan Penduduk Mutiara Bangi menjemput semua ahli komuniti ke Majlis Acara Penyampaian Sumbangan/Sedekah Pada Bulan Ramadan Kepada Orang-orang yang Memerlukan di Kawasan Perumahan Bandar Baru Bangi pada waktu dan masa seperti berikut:

Tarikh: Sabtu, Sept 20, 2008
Masa: 6:00 petang
Tempat: Surau Al-Mawaddah, Mutiara Bangi

Sumbangan akan disampaikan kepada 19 orang ibu tunggal dan 4 orang pengawal keselamatan Mutiara Bangi. Majlis ini akan diikuti oleh Majlis Berbuka Puasa.

Saturday, September 13, 2008

MAP LOCATION Bhg 2


Seorang ahli komuniti Mutiara Bangi, Taufiq b Zulkifli, telah menyumbangkan satu lagi peta yang dapat digunapakai oleh semua ahli komuniti. Terika kasih kepada sumbangan beliau. Sila klik pada gambar peta di sebelah untuk rujukan atau cetakan. Seperti peta yang dahulu, peta ini juga boleh didownload untuk kegunaan ahli.

Wednesday, September 10, 2008

MAP LOCATION FOR MUTIARA BANGI


Terlampir di sini peta ringkas yang menunjukkan lokasi kawasan perumahan Mutiara Bangi di dalam kota Bandar Baru Bangi, Selangor. Dengan ada peta ini diharap ia dapat membantu saudara mara atau sahabat handai yang ingin membuat lawatan ke ahli komuniti yang tinggal di kawasan Mutiara Bangi. Ahli-ahli komuniti hanya perlu memberitahu saudara mara atau sahabat handai itu website ini untuk mereka rujuk kepada peta yang terdapat di sini. Ini dirasakan berguna memandangkan kita sudah menghampiri perayaan cuti yang agak besar di negara kita iaitu cuti Hari Raya Aidil Fitri yang dianggarkan akan berlaku pada Oktober 1hb, 2008. Jika ada ahli komuniti yang mempunyai peta lokasi yang lain yang dirasakan juga agak tepat dan mudah dibaca, sila emelkan kepada saya di alamat  drasbi@gmail.com  untuk saya uploadkan dan untuk kita berkongsi bersama.

Sunday, September 7, 2008

1st Night of Ramadan 1429H



Pada malam Isnin bersamaan Ogos 31hb, 2008 ahli-ahli komuniti Mutiara Bangi telah berjaya menunaikan Salat Terawih bagi malam Ramadan yang pertama di Surau Al-Mawaddah. Setelah Salat Terawih disempurnakan, ia diikuti dengan satu jamuan more.

Kepada semua ahli komuniti Mutiara Bangi diucapkan "Selamat Menjalankan Ibadah Puasa" di sepanjang bulan Ramadan bagi tahun Hijrah 1429.

Friday, September 5, 2008

The First Tree



Seperti yang kelihatan dalam foto adalah majlis penyerahan pokok pertama dari En Jalaluddin Abdul Aziz selaku Pengerusi Jawatankuasa Kecil Landskap kepada Y Bhg Dato' Othman Desa selaku Pengerusi Jawatankuasa Surau Al-Mawaddah pada hari Ahad Ogos 31hb, 2008 sekitar jam 11:00 pagi.

Monday, September 1, 2008

Gotong Royong di Surau Bhg 4









Ahli komuniti Mutiara Bangi mempamirkan semangat "teamwork" yang baik. Saksikan sendiri!