Sunday, August 31, 2008

Gotong Royong di Surau Bhg 3





Tidak ketinggalan sumbangan besar daripada kaum wanita dan kanak-kanak Mutiara Bangi!

Gotong Royong di Surau Bhg 2









Mari kita cuci beramai-ramai!! Cuci-cuci.. jangan tak cuci!!

GOTONG ROYONG DI SURAU



Satu aktiviti gotong-royong telah berjaya diadakan oleh ahli-ahli komuniti Mutiara Bangi pada pagi Ahad Ogos 31, 2008 sempena Hari Kemerdekaan Negara yang ke-51. Aktiviti ini telah digerakkan oleh Jawatankuasa Surau Al-Mawaddah yang diperngerusikan oleh Y Bhg Dato' Hj Othman Desa. Ingin tahu apa yang berlaku pada pagi tersebut? Biarlah foto-foto berikut menceritakannya.

Saturday, August 30, 2008

Sejarah Pembikinan Surau



Berikut adalah 2 foto yang telah dikirimkan oleh ahli komuniti Mutiara Bangi Puan Shamsiah Hamid. Yang digambarkan dalam foto-foto ini adalah (1) semasa pecah tanah tapak pembinaan surau pada September 10hb, 2007 iaitu hampir satu tahun lalu, dan (2) apabila mulanya pelancaran tapak surau pada Julai 23hb, 2006 iaitu sekitar dua tahun lalu.

Wednesday, August 27, 2008

Perasmian Surau

Alhamdullillah, Surau Al-Mawaddah akan dirasmikan pembukaannya pada hari Khamis Ogos 28hb, 2008 bermula pada jam 7:00 petang. Alamat surau ialah Jalan 2/1N. Satu majlis doa selamat sempena pembukaan dan penggunaan surau dijadualkan diadakan pada hari itu. Semua ahli komuniti Mutiara Bangi dijemput hadir.

Tuesday, August 26, 2008

Website Blog for Mutiara Bangi

This Blog is set up to serve the community of Mutiara Bangi, Selangor, Malaysia. Please feel free to comment. News and announcements about the activities of the community are most welcome.