Saturday, September 19, 2009

UCAPAN AIDILFITRI 2009


Bagi pihak Jawatankuasa Persatuan Penduduk Mutiara Bangi, kami ucapkan kepada semua warga Mutiara Bangi dan Villa Sutera Selamat Hari Raya AidilFitri untuk tahun 1430H bersamaan 2009 yang jatuh pada hari Ahad September 20, 2009.

Friday, July 10, 2009

GOTONG ROYONG SURAU

Pengumuman: AsSalamualaikum.

Aktiviti gotong royong akan diadakan di Surau Al Mawaddah pada hari Ahad Julai 12, 2009 jam 8:30 pagi - 11:30 pagi anjuran Jawatankuasa Surau & Jawatankuasa Lanskap. Antara aktiviti yang dirancangkan termasuk menanam pokok-pokok lanskap, pembersihan longkang surau, pembersihan dalam surau - cuci karpet, kipas, dll. Warga Mutiara Bangi dan Villa Sutera dijemput hadir bagi memeriahkan lagi aktiviti ini.

Wasalam

Tuesday, June 23, 2009

MESYUARAT KELAB WANITA 2009 Bhg III





Dan... lagi foto-foto

MESYUARAT KELAB WANITA 2009 Bhg II





Foto-foto lagi...

MESYUARAT KELAB WANITA 2009









Baru-baru ini Kelab Wanita Penduduk Mutiara Bangi telah mengadakan mesyuarat pada Mei 16, 2009. Disertaka foto-foto yang telah diambil semasa mesyuarat tersebut. Terima kasih kepada Zurah bt Rahim di atas sumbangan foto-foto ini.

Friday, May 1, 2009

Foto-foto Gotong Royong April 26, 2009








Terima kasih kepada semua warga komuniti Mutiara Bangi dan Villa Sutera yang telah datang bersama-sama berganding bahu untuk menjalankan kerja gotong royong membersihkan kawasan sekitaran surau dan juga kawasan dalam surau pada hari Ahad lalu iaitu April 26, 2009 mulai jam 8:30 pagi sehingga 10:30 pagi.

Friday, April 24, 2009

GOTONG ROYONG DI SURAU

Satu usaha gotong royong akan diadakan di Surau Al-Mawaddah pada hari Ahad ini iaitu April 26hb mulai jam 8:30 pagi sehingga 10:30 pagi bagi tujuan pembersihan kawasan surau dan sekitarannya. Semua ahli Mutiara Bangi bersama ahli keluarga digalakkan hadir bersama untuk melakukan kerja ini secara beramai-ramai dan berkumpulan supaya kerja permbersihan dapat dilakukan dengan semangat "teamwork" yang baik.

Monday, March 30, 2009

AGM Persatuan Penduduk Mutiara Bangi 2009





Beberapa aksi yang dapat dirakamkan semasa berjalannya mesyuarat AGM PPMB di Kelab Danau UKM pada Mac 22, 2009.

AGM PPMB 2009

Pada hari Ahad Mac 22, 2009 yang lepas seramai kira-kira 80 orang ahli Persatuan Penduduk Mutiara Bangi (PPMB) telah berkumpul di Kelab Danau UKM Bangi untuk menghadiri AGM 2009. Beberapa isu yang berkaitan dengan kawasan Mutiara Bangi telah dibincangkan. Berikut adalah ahli2 Exco baru yang dilantik untuk tahun 2009:

1. Pengerusi Dato’ Osman Desa

2. Timbalan Pengerusi Hj. Ghazali Salamat

3. Bendahari Hj. Ahmad Zainuddin Jamaluddin

4. Pen. Bendahari Hj. Rahim Abdul Manaf

5. Setiausaha Hj. Geoffrey Nasrulhaq

6. Pen. Setiausaha Dr. Abd. Ghafur Ahmad

7. Ahli & J/K Kecil Keselamatan Dato’ Hj Badrul Hisham Abdul Aziz

8. Ahli & J/K Kecil Utiliti Prof. Dr Hj Azni Idris

9. Ahli & J/K Kecil Landskap Hj Ramlan Othman

10. Ahli & J/K Kecil Kelab Wanita Datin Hjh Kamariah Zakaria

11. Ahli & J/K Kecil Kelab Belia Hjh. Norazliza Mohd Ariff

12. Ahli & J/K Kecil Surau Dato’ Hj. Othman Desa

13. Ahli & J/K Kecil Khairat Hj. Mohamad Khairuddi Yahya

14. Ahli & J/K Kecil Riadhah Hjh. Shamsiah Hamid

15. Ahli & J/K Kecil Kabajikan Hjh. Rohani Muhammad

16. Pemegang Amanah I Dato’ Hj. Bakri Mohd

17. Pemegang Amanah II Pn. Sri Hjh. Normah Mohd. Salleh

18. Juruaudit I Hjh. Maimun Ibrahim

19. Juruaudit II Dr. Hjh. Wan Madznah Wan Ibrahim

Sunday, March 8, 2009

CERAMAH KHAS MAULIDUR RASUL

Sempena sambutan perayaan Maulidur Rasul pada hari Isnin Mac 9, 2009 satu ceramah khas akad diadakan selepas Solat Maghrib yang akan disampaikan oleh Al Ustaz Yahya Radzi dari Kolej Ugama Islam Selangor. Jamuan akan diadakan selepas majlis ceramah tersebut secara PotLuck. Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Wassalam

Wednesday, February 11, 2009

Membaca dan Mendengar Quran dari Internet



AsSalamualaikum w.b. Jika berminat untuk membaca Al Quran terus dari internet sambil mendengar bacaan penuh bertajwid dari beberapa orang Imam dan Qari yang terkenal, boleh cuba melayar di website berikut www.quranexplorer.com dan klik di menu "Launch Quran Explorer". Antara kemudahan yang disediakan ialah terjemahan secara "live" sambil ayat dibaca di mana terjemahan juga disediakan dalam beberapa bahasa termasuk Bahasa Malaysia. Cubalah dahulu dan hantarkan komen anda mengenai penggunaan website ini mungkin untuk melatih bacaan Al Quran (sebagai tambahan kepada belajar membaca dengan Tajwid dari seorang guru Al Quran) atau untuk mempelajari terjemahan ayat-ayat Al Quran dan tafsir yang disediakan.

Anda ada website lain yang serupa ini yang anda ingin kongsi bersama dengan ahli komuniti Mutiara Bangi yang lain? Silalah emel kepada saya di alamat berikut: drasbi@gmail.com. Wassalam

Thursday, January 8, 2009

Slide Pengajaran Solat Bhg 1

Berminat untuk mempelajari cara2 solat yang dilakukan oleh Rasul SAW? Silalah download satu salinan fail "Mencontohi Solat Rasulullah SAW - SUJUD". Klik di sini (*) . Fail ini adalah dalam format Powerpoint Slide Presentation. Terima kasih atas sumbangan ahli komuniti Pn Shamsiah Hamid.

Sunday, January 4, 2009

JADUAL AKTIVITI SURAU 2009 Jan 8-15

Jan 8 Khamis - Magrib: Bacaan Yasin & Tahlil
Jan 9 Jumaat - Magrib: Tauhid
Jan 10 Sabtu - 9 pagi: Harfiah AlQuran (Kelab Wanita)
Jan 11 Ahad - Magrib: Tafsir
Jan 12 Isnin -
Jan 13 Selasa - Magrib: Hadith 40
Jan 14 Rabu - Magrib: Tahsin AlQuran
Jan 15 Khamis - Magrib: Bacaan Yaasin & Tahlil

JADUAL SALAT 2009

Berikut adalah jadual waktu sembahyang untuk Tahun 2009 untuk kawasan Bangi dalam format PDF. Sila klik di sini (jadual) untuk mendapatkan satu salinan. Terima kasih kepada ahli komuniti Pn Rahana kerana sumbangan ini.

PERTANDINGAN FOTO HIASAN MUKA DEPAN BLOG


Setakat hari ini saya masih belum menerima melalui emel sebarang foto daripada ahli komuniti yang boleh dijadikan sebagai foto hiasan muka depan Blog ini. Walaubagaimanapun sudah ada yang mencadangkan supaya ada beberapa kategri foto diwujudkan iaitu berdasarkan kepada jenis kamera yang digunakan untuk mengambil foto. Kategori2 ini ialah (i) SLR, (ii) Compact Digital dan (iii) Poloraid. Juga telah dicadangkan bahawa foto mesti dalam bentuk sedia ada masa diambil dan bukan telah di edit melalui software seperti photoshop dan sebagainya. Bagi mereka yang minat ambil gambar inilah masanya. Silalah hantar.

Thursday, January 1, 2009

JADUAL AKTIVITI SEMINGGU SURAU

Berikut adalah Jadual Aktiviti untuk minggu pertama di bulan Januari 2009 di Surau Al Mawaddah Mutiara Bangi untuk rujukan semua ahli komuniti:

Jan 1 - Magrib: Bacaan Yaasin & Tahlil
Jan 2 - Magrib: Ihya Ulumuddin Imam Ghazali
Jan 3 - 9 pagi: Harfiah AlQuran (Kelab Wanita)
Jan 4 - Magrib: Tafsir
Jan 5 - Magrib: Sirah
Jan 6 - Magrib: Hadith 40
Jan 7 - Magrib: Tahsin AlQuran
Publish Post

Selamat Tahun Baru


Ucapan Khas kepada semua warga ahli komuniti Mutiara Bangi dan Villa Sutera: