Wednesday, February 11, 2009

Membaca dan Mendengar Quran dari Internet



AsSalamualaikum w.b. Jika berminat untuk membaca Al Quran terus dari internet sambil mendengar bacaan penuh bertajwid dari beberapa orang Imam dan Qari yang terkenal, boleh cuba melayar di website berikut www.quranexplorer.com dan klik di menu "Launch Quran Explorer". Antara kemudahan yang disediakan ialah terjemahan secara "live" sambil ayat dibaca di mana terjemahan juga disediakan dalam beberapa bahasa termasuk Bahasa Malaysia. Cubalah dahulu dan hantarkan komen anda mengenai penggunaan website ini mungkin untuk melatih bacaan Al Quran (sebagai tambahan kepada belajar membaca dengan Tajwid dari seorang guru Al Quran) atau untuk mempelajari terjemahan ayat-ayat Al Quran dan tafsir yang disediakan.

Anda ada website lain yang serupa ini yang anda ingin kongsi bersama dengan ahli komuniti Mutiara Bangi yang lain? Silalah emel kepada saya di alamat berikut: drasbi@gmail.com. Wassalam