Wednesday, September 10, 2008

MAP LOCATION FOR MUTIARA BANGI


Terlampir di sini peta ringkas yang menunjukkan lokasi kawasan perumahan Mutiara Bangi di dalam kota Bandar Baru Bangi, Selangor. Dengan ada peta ini diharap ia dapat membantu saudara mara atau sahabat handai yang ingin membuat lawatan ke ahli komuniti yang tinggal di kawasan Mutiara Bangi. Ahli-ahli komuniti hanya perlu memberitahu saudara mara atau sahabat handai itu website ini untuk mereka rujuk kepada peta yang terdapat di sini. Ini dirasakan berguna memandangkan kita sudah menghampiri perayaan cuti yang agak besar di negara kita iaitu cuti Hari Raya Aidil Fitri yang dianggarkan akan berlaku pada Oktober 1hb, 2008. Jika ada ahli komuniti yang mempunyai peta lokasi yang lain yang dirasakan juga agak tepat dan mudah dibaca, sila emelkan kepada saya di alamat  drasbi@gmail.com  untuk saya uploadkan dan untuk kita berkongsi bersama.

No comments: