Saturday, October 25, 2008

BANGI BANDAR ILMU

Untuk makluman ahli komuniti Mutiara Bangi, Bandar Baru Bangi telah diisytiharkan secara resmi sebagai Bandar Ilmu oleh Menteri Besar Selangor pada Jun 23hb, 2008. Sedikit maklumat mengenai sejarah Bandar Baru Bangi yang dipetik dari Buletin Bangi Bil 1. Tahun 1: Jan-April 2008 keluaran PKNS Bangi.

Berasal daripada sebuah Estate (West Country Estate) yang berkeluasan 5,118 ekar, Bandar Baru Bangi mula dibangunkan pada tahun 1974 setelah proses pengambilan tanah dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor mulai tahun 1972-1978. Proses pengambilannya dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula dengan seksyen 1 yang melibatkan pembinaan rumah kos rendah, sederhana dan tinggi yang berjumlah 200 unit.

Perancangan bandar satelit ini yang juga merupakan bandar kedua terbesar selepas Shah Alam, adalah berdasarkan “perancangan bersepadu” atau “integrated development” yang dijangka mampu meneruskan ’sustainable growth’ yang bukan sahaja dapat menampung kediaman 60,000 orang penduduk, tetapi juga menyediakan aktiviti komersil , perindustrian, institusi latihan, rekreasi dan pendidikan.

Berkonsepkan Bandar Taman, kawasan lapang seluas 82 ekar dilengkapi dengan sistem dua lengkongan jalan besar dan lorong-lorong jalan kaki dan berbasikal yang menyambungkan aktiviti-aktiviti di antara satu sektor dengan yang lain. Bandar Baru Bangi telah dibahagikan kepada 16 Seksyen.

Di antara Pusat pengajian Tinggi yang terdapat di BBB ialah UKM, UNITEN, KLIUC, MFI, Institut Perguruan Islam (IPI) dan Kolej Polytech Mara. Antara Pusat Latihan pula ialah INSPEN, NIOSH, ILIM, MPOB, Pusat Latihan Petronas (PERMATA), Pusat Latihan Maybank, Public Bank, CIMB Bank, RHB Bank, BSN, Pusat Latihan Pos dan Institut Latihan kehakiman (ILKAP).

No comments: